DAPATAN KAJIAN



SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

5.1.1 CARIAN MELALUI INTERNET 

  • perkara pertama yang telah kami selidik ialah mengenal pasti hubungan antara faktor dalaman sekolah dan peranan guru
  • para sarjana telah menyatakan faktor dalaman sesebuah sekolah akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru. 
  • Mereka terlibat secara langsung dalam pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperoleh murid di sekolah (Rohani, Hazri, & Nordin, 2010).


 5.1.2 SOL SELIDIK

BIL

SOALAN

SETUJU

1.

Adakah persekitaran sekolah yang kondusif mempengaruhi pencapaian sesebuah sekolah?

97.4%

2.

Adakah prasarana dan kemudahan yang lengkap mempengaruhi sesi pembelajaran murid?

96.1%

3.

Adakah peranan ibu bapa dalam PIBG membantu membangunkan sahsiah sekolah itu sendiri?

96.8%

4.

Prestasi sekolah dipengaruhi oleh gaya hidup dan nilai sosial masyarakat setempat

87.7%

 

1. Adakah persekitaran sekolah yang kondusif mempengaruhi pencapaian sesebuah sekolah?


Persekitaran yang kondusif juga merupakan salah satu faktor yang boleh membuatkan pelajar memperolehi kejayaan. Ini kerana persekitaran yang kondusif mampu meningkatkan aura yang positif terhadap diri individu mahupun orang di sekitarnya.  Oleh itu, pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan persekitaran sekolah yang cantik, terbaik dan selamat kepada semua pelajar.

 


2. Adakah prasarana dan kemudahan yang lengkap mempengaruhi sesi pembelajaran murid?

      Prasarana dan kemudahan yang lengkap juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi sesi pembelajaran murid-murid. Perkara ini dikatakan demikian kerana prasarana dan kemudahan sekolah merangkumi persekitaran sekolah yang meliputi keadaan keceriaan dan masyarakat sekolah. Keceriaan pula merangkumi pengurusan fizikal termasuklah taman, sudut-sudut pembelajaran, kemudahan istirehat serta pengurusan bahan-bahan dan ABM (Zakaria & Idris, 1995). Kemudahan prasarana yang baik dapat merangsang guru menggunakan pelbagai sumber yang sesuai untuk membantu mereka menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

  
 

3. Adakah peranan ibu bapa dalam PIBG membantu membangunkan sahsiah sekolah itu sendiri?

PIBG berfungsi untuk membantu membangunkan lagi sahsiah sekolah tersebut. PIBG yang ditubuhkan ini merupakan penghubung antar ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Disebabkan inilah, perlunya ada komitmen antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan guru amat penting dalam memantapkan kecemerlangan pelajar selaku individu yang mampu menyumbang dan memajukan masyarakat. Pencapaian pelajar lebih bermakna apabila keluarga mereka juga turut berperanan dan membabitkan diri dalam kejayaan anak-anak pelajar.


 

4. Prestasi sekolah dipengaruhi oleh gaya hidup dan nilai sosial masyarakat setempat

Gaya hidup seseorang pelajar itu sendiri akan menentukan hala tuju yang akan pelajar itu hadapi. Oleh itu, mereka memerlukan sokongan daripada orang-orang yang ada disekeliling mereka supaya mereka dapat meningkatkan lagi prestasi mereka. Nilai sosial masyarakat setempat pula sememangnya amat berkait rapat dengan pelajar. Ini kerana anak-anak akan mempelajari apa yang telah mereka saksikan dari mereka kecil. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikuti segala contoh baik yang ditunjukkan oleh masyarakat di sekeliling mereka.

 

5.1.3 PERBINCANGAN KUMPULAN 

 

  • Kami mendapati bahawa, kajian yang kami jalankan ini amat penting untuk memperolehi maklumat berdasarkan perbincangan antara ahli kumpulan yang telah kami jalankan. memerlukan kepada perbincangan dan mencapai satu kata sepakat dalam membuat kajian. 
  • Hal ini juga penting untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan di akhir kajian kami ini.

 

 

 

Halaman yang seterusnya seperti yang berikut::



NUR IFFA NAJIHAH BINTI ZAIDI

D20102091824

KUMPULAN R (KPS 3014)

KUMPULAN 6



 








Comments